Pameran Buku Baharu New Books (11 OGOS 2017 -25 OGOS 2017 )
Ibadat korban : hukum & cara pengendaliannya
Pengarang: Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Nombor Panggilan: BP184.6.I23
Sinopsis: Memandangkan ibadat korban semakin mendapat perhatian masyarakat Islam masa kini, hukum dan permasalahan yang berkaitan dengan ibadat ini amat perlu diberikan penerangan yang jelas. Sejauh manakah masyarakat Islam memahami isu-isu mengenai pemilihan dan penyembelihan binatang korban, hak orang miskin dan orang kaya terhadap daging korban, berwakil kepada pengurus dan penyembelih korban, pengendalian korban wajib, sunat, wasiat dan seumpamanya...? Buku ini diharap dapat memberi maklumat dan menyelesaikan berbagai permasalahan yang tersebut serta menjadi panduan ke arah perlaksanaan ibadat korban yang lebih sempurna menurut tuntutan syara'. - Penerbit
Imam Mahdi : menyingkap rahsia penyelamat yang dinanti-nanti
Pengarang: Kamaluddin Nurdin
Nombor Panggilan: BP166.93.K366
Sinopsis: "Andai dunia tersisa satu hari sahaja, pasti Allah akan memanjangkan hari itu, sampai Dia (Allah) mengutus seorang lelaki daripadaku ataupun daripada keluargaku yang namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku. Dia memenuhi bumi dengan pengawasan dan keadilan, sebagaimana ia (bumi) sudah dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman sebelum itu.” (Hadith direkodkan oleh Imam Abu Daud)
Agenda politik Syiah
Pengarang: Kamaluddin Nurdin Marjuni
Nombor Panggilan: BP193.5.K36
Sinopsis: Sejak zaman berzaman, dendam kumpulan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah seperti tidak berkesudahan. Bermula daripada dendam terhadap Muawiyah bin Abu Sufian yang dituduh merampas kuasa khalifah daripada Ali bin Abu Talib pada tahun 661 Masihi, kumpulan pro Ali terus menyimpan dendam terhadap Muawiyah dan keturunannya daripada Kerajaan Bani Umayyah sehingga dendam terhadap Ahli Sunnah Waljamaah yang mengiktiraf kepimpinan Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman yang mendahului Ali bin Abu Talib. Buku ini membahas berkenaan kelompok Syiah terbesar yang menjadi tunjang utama dalam politik dunia, Zaidiyah, Itsna Asyariah (Imam 12), dan Ismailiyah Batiniyah dan konflik mereka dengan kelompok Ahli Sunnah Waljamaah yang mempunyai kaedah tersendiri dalam memilih pemimpin.
Nawaitu sauma ghadin : menjawab 142 kemusykilan puasa
Pengarang: Ustaz Muhadir Haji Joll.
Nombor Panggilan: BP184.5.M848
Sinopsis: Menjawab 142 Kemusykilan berkenaan puasa, antaranya:
1. Keadaan yang tidak membatalkan puasa.
2. Berniat pada setiap malam atau berniat puasa sebulan?
3. Mengorek hidung atau telinga ketika berpuasa.
4. Puasa orang yang sakit buasir.
5. Ganti fidyah puasa dengan duit.
6. Berpuasa tetapi melakukan maksiat.
7. Menggabungkan puasa qadha dengan puasa sunat.
Ciri-ciri unggul masyarakat Islam yang kita idamkan
Pengarang: Yusuf Al-Qardhawi ; penterjemah Mohammad Zaini Bin Yahaya
Nombor Panggilan: BP173.25.Q37154
Sinopsis: Membicarakan cabaran yang dihadapi umat Islam masa kini dan kaedah untuk meningkatkan kualiti dan jati diri sebagai seorang Mukmin sejati.
Sirah 25 Rasul fakta vs auta : menjelaskan kebenaran dan mendedahkan kepalsuan mengenai para utusan Allah
Pengarang: Noor Shahira Ghazali
Nombor Panggilan: BP134.P745.N63
Sinopsis: Buku ini mengisahkan tentang penjelasan kebenaran dan mendedahkan kepalsuan mengenai para utusan Allah Ciri-ciri unggul masyarakat Islam yang kita idamkan.
Memahami Maqasid Syariah
Pengarang: Jasser Auda, penterjemah : Marwan Bukhari A. Hamid
Nombor Panggilan: BP158.M26 A939154 2014
Sinopsis: Kesedaran bagi mengangkat Islam sebagai cara hidup memerlukan satu daya usaha yang tinggi. Islam sebagai sebuah agama yang menekankan kesepaduan yang merentasi batas peribadatan khusus perlu mendapat tempat sewajarnya. Buku yang ditulis oleh Dr. Jasser Auda ini adalah satu daripada usaha bagi memperkenalkan asas memahami maqasid syariah, supaya masyarakat Islam lebih berupaya berinteraksi dengan kerencaman persoalan yang dilontarkan oleh pihak musuh Islam.
Keistimewaan Islam dan undang-undang Syariah di Malaysia
Pengarang: Zainul Rijal Abu Bakar, Nurhidayah Muhammad Hashim
Nombor Panggilan: BP144.Z337
Sinopsis: Secara etimologi, "syariah" bererti aturan atau ketetapan yang Allah perintahkan kepada hamba-Nya. Secara terminologi pula, "syariah" bermaksud penerapan seluruh aspek kehidupan, sesuai ajaran Islam yang berkaitan dengan masalah ibadat umum dan khusus yang dinisbahkan kepada sumber hukum Islam. Mahmud Shaltut mendefinisikan "syariah" sebagai aturan yang ditetapkan Allah, supaya manusia mengadaptasikan aturan itu dengan saudaranya yang Muslim dan saudara kemanusiaannya (bukan Islam) serta hubungan dirinya dengan alam semesta dan kehidupan. Banyak orang yang tidak begitu memahami akan aspek perundangan syariah khususnya di Malaysia, walaupun orang Islam sendiri. Oleh sebab itu, buku ini diterbitkan bertujuan untuk menjadikannya sebagai bahan bacaan yang boleh membantu masyarakat awam memahami sistem perundangan di Malaysia, terutamanya yang melibatkan perundangan syariah di negara ini.
Asas memacu ekonomi ummah : satu pandangan
Pengarang: Nik Mustapha Nik Hassan ; penyunting : Nor Hartini Saari
Nombor Panggilan: BP173.75.N556
Sinopsis: Buku Asas Memacu Ekonomi Ummah: Satu Pandangan merupakan koleksi artikel kupasan isu-isu ekonomi umat Islam menjadi inti pati buku ini yang menyentuh isu-isu ekonomi di peringkat individu, masyarakat, organisasi dan negara berdasarkan fenomena semasa menurut kerangka ajaran Islam. Buku ini memfokuskan bukan sahaja falsafah, teori, dan konsep tetapi juga memberi tumpuan berkenaan aspek pembangunan akhlak dan ekonomi ummah. Perbincangan dalam buku ini turut menyentuh persoalan keadilan sosial yang menjadi asas kepada penyusunan ekonomi bernegara, budaya kerja cemerlang serta peranan zakat dan keusahawanan dalam membangun ummah.
I love you too
Pengarang: Badrul Hisham Shari
Nombor Panggilan: HQ525.I8 B3399
Sinopsis: Buku ini mengisahkan sketsa teruna dara, anak-anak dan rumah tangga. Dengan penyampaian yang mudah faham beserta karikatur dan ilustrasi kelakar boleh membuatkan anda ketawa. Penyampaian agak berbaur sindiran dan kritikan sinis tetapi sangat membina dan menyedarkan. Dilihat seperti setiap orang melaluinya. Pelbagai pesanan dan pengajaran boleh didapati dari buku ini. Mungkin juga dapat menyelesaikan masalah anda ataupun memberi cara bagi penyelesaian sesuatu perkara. Bacalah buku ini kerana dapat membantu anda menghargai insan-insan disekeliling anda.
Penolakan terhadap penilaian semula hadith
Pengarang: Said Haji Ibrahim
Nombor Panggilan: BP136.4.S18
Q & A perihal Rasulullah S.A.W.
Pengarang: Muhadir Joll.
Nombor Panggilan: BP75.29.M4 M848
Sinopsis: Kupasan yang ringkas, padat dan berfakta serba-serbi tentang Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. Istimewa berbentuk soal jawab yang memudahkan pembaca memahami dan mengingatinya. Sesuai dimiliki untuk menambah kefahaman dan kecintaan terhadap Baginda.
Islam and political development
Penyumbang: Dr. Ahmad Sunawari Long dan Ergun Ozbudun et al..
Nombor Panggilan: BP173.7 .I83
Psikologi Islam : falsafah, teori dan aplikasi
Pengarang: Khaidzir Hj. Ismail...[et al.]
Nombor Panggilan: BP175 .P749
Sinopsis: Buku ini merupakan himpunan penulisan bab yang membincangkan isu psikologi Islam sebagai aliran alternatif untuk memahami sikap dan tingkah-laku manusia daripada aspek budaya dan agama masyarakat Muslim. Pendekatan kefahaman dan aplikasi yang ingin dilontarkan dalam buku ini adalah berbeza daripada kebiasaan sumber pembacaan yang banyak mengutarakan teori sistem psikologi Barat berasaskan paradigman epistimologi tokoh falsafah zaman Yunani kuno seperti Socrates, Pluto dan Aristotle.
Scientific and political freedom in Islam : a critical reading of the modernist-apologetic school
Pengarang: Uriya Shavit
Nombor Panggilan: BP166.14.M63.S53
Sinopsis: The modernist-apologetic approach to the relation between revelation and science and politics has been a central part of Arab discourses on the future of Muslim societies for over a century. This approach introduced historical and theological narratives and interpretative mechanisms that contextualize reason and freedom in Islamic terms to argue that, unlike with Christianity, it is possible for Muslim societies to be technologically and politically advanced without forfeiting revelation as an all-encompassing, legally-binding guide.
Jom akidah
Pengarang: Juanda Jaya
Nombor Panggilan: BP188.J836
Isu dan cabaran hubungan antara agama di Malaysia
Penyunting: Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid, Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman.
Nombor Panggilan: BP171.I886
Sinopsis: “Kesilapan besar dalam masyarakat ialah apabila takut bahawa semakin kuat fahaman dan amalan agama individu semakin berbahaya mereka kepada agama lain, kerana sebetulnya orang yang kuat agama akan membahagiakan semua dan menghormati agama orang lain.”
Model baru ekonomi : tinjauan dari perspektif Islam
Penyunting: Mohamad Azhar Hashim, Nor Hartini Saari
Nombor Panggilan: BP173.75.M636
Sinopsis: Menerajui ekonomi dalam suasana semasa memerlukan kepada pendekatan yang sesuai dan relevan dengan hakikat masa kini. Ekonomi negara untuk maju perlu mencapai status ekonomi yang berpendapatan tinggi. Mengambil hasrat itu, kerajaan memperkenalkan Model Baru Ekonomi (MBE) yang berasaskan inovasi dan kreativiti.
Biografi 99 ulama dunia: tokoh ilmuan Islam tersohor zaman kini
Pengarang: Mustafar Mohd Suki
Nombor Panggilan: BP185.5.U4 M84
Sinopsis: BIOGRAFI 99 ULAMA DUNIA menyajikan latar belakang para ilmuan yang meliputi pendidikan, keperibadian, karya penulisan, sumbangan dan kepakaran-kepakaran mereka dalam ilmu agama.Mereka dikategorikan mengikut bidang ilmu masing-masing seperti ilmu Tafsir, Hadith, Fiqh dan Bahasa Arab. Di samping memberi manfaat kepada masyarakat awam, naskhah ini boleh dijadikan rujukan khususnya kepada penuntut-penuntut ilmu dalam bidang agama. Buku ini dapat membantu dalam pengetahuan tentang kitab-kitab rujukan yang penting dan ulama-ulama moden yang hebat untuk diambil manfaat daripada mereka.
Senyumlah
Pengarang: Syed Alwi Alatas
Nombor Panggilan: BF449 .S94
Siapakah sebenarnya Muhammad bin Abd Wahhab & apakah perjuangan beliau?
Pengarang: Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili
Nombor Panggilan: BP195.W22.Z99
Sinopsis: SYEIKH Muhammad bin Abd Wahhab merupakan seorang ulama yang berjaya melakukan islah di Semenanjung Tanah Arab dalam bentuk membanteras segala kepercayaan syirik dan amalan yang tidak berlandaskan sunnah Rasulullah SAW. Beliau juga berjaya membuat perjanjian dengan pemerintah Dar' iyyah untuk menjaga sunnah Rasulullah SAW. Agak jarang ulama yang berjaya bekerjasama dengan seorang pemerintah pada zaman moden ini bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang berteraskan kepada al-Quran dan juga as-Sunnah.
No comments:
Post a Comment