PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG, UKM

Wednesday, 8 March 2017

Pameran  Buku Baharu  New Books (4 Mac 2017  -17 Mac 2017 ) 


Cahaya Hakikat : Perbahasan Mengenai Tarekat, Tasawuf Dan Kewalian

Pengarang: Imam, Bediuzzaman Said Al-Nursi
Nombor Panggilan: BP189.3.N84154

#Manusia mampu hidup tanpa ulam-ulaman. Akidah dan iman ialah nasi, manakala
tasawuf ialah ulam-ulaman. Mencapai hakikat keimanan melalui jalan tasawuf dan
tarekat terkadang memakan tempoh 40 hari, kadang-kadang memerlukan 40 tahun!
Jika Allah SWT membuka ruang kepada saudara untuk mencapai hakikat iman hanya
dalam tempoh 40 minit, sudah pasti saudara tidak akan menolak peluang ini!.
Al-Quran Sebagai Petunjuk
Pengarang: Prof. Dato' Dr. Sidek Baba
Nombor Panggilan: BP132.S566

#Merupakan sebuah buku yang menjadikan kitab umat Islam ini sebagai sumber ilmu. Ilmu dalam pelbagai dimensi yang menepati maksud Islam itu sendiri sebagai  suatu  cara  hidup.
Islam tidak hanya sebagai suatu Sistem Kepercayaan tetapi manifestasi  daripadanya  terlihat  dalam  watak  dan amalan. Al-Quran tidak sifatnya harfiah tetapi sifatnya merujuk kepada sumber rahmah dan nikmah yang dicipta oleh ALLAH dan hikmahnya amat bermakna kepada manusia.
Adat Vs Ibadat
Pengarang: Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Nombor Panggilan: BP184.M846

#Masyarakat Melayu Islam mempunyai amalan keagamaan yang tersendiri. Amalan-amalan ini diwarisi daripada generasi sebelum mereka. Hari ini, kedengaran suara dan tulisan yang mempertikaikan amalan- amalan yang dilakukan oleh masyarakat tersebut. Akibatnya, timbul pergaduhan dan perbalahan dalam kalangan masyarakat Melayu Islam.

Himpunan Kisah Para Wali 
Pengarang: Raihanah
Nombor Panggilan: BP189.33.R337

#Tulisan berkenaan kisah para wali ini didatangkan demi menghanyutkan para pembaca dalam kehidupan barakah para kekasih Allah.



Sejarah Baitulmaqdis 
Pengarang: Mohd Hanif Hj. Ismail
Nombor Panggilan: DS109.9.M844

#Sejak penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948, bangsa Yahudi tidak pernah berhenti melakukan kerosakan, pembunuhan dan penindasan termasuk melakukan pencerobohan di Baitulmaqdis.
Belasungkawa Dato' Dr. Haron Din 1940 - 2016 : Bila Ulama Mula Dihilangkan Musibah Buat Umat
 Pengarang: Mejar (B) Muhammad Qayyum Bin Badaruddin
Nombor Panggilan: BP80.H377.M875

#Pemergian Ulama bencana bagi alam semesta. Cahaya akan menghilangkan kegelapan, dan ketika cahaya telah padam maka keadaannya akan kembali gelap.

Bahaya ISIS (Daesh)
Pengarang: Prof. Madya Dr. Mohd Hizam Hanafiah
Nombor Panggilan: HV6433.I722I856

#Ancaman kumpulan peng­ganas Daesh sebenarnya lebih tertumpu kepada perang ideologi atau propaganda. Apa tidaknya, doktrin kumpulan berpangkalan di utara Iraq dan Syria itu sehingga masa kini sukar untuk dikawal dan bendung secara total.



Akidah & Akhlak Dalam Pendidikan Islam
Pengarang: Ahmad Munawar Ismail, Kamarul Azmi Jazmi
Nombor Panggilan: BP165.5.A376

#Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam merupakan sebuah buku yang berkisar kepada peranan akidah terhadap penghayatan akhlak para pelajar. 



Minhajul Abidin: Wasiat Imam Ghazali (Edisi Baru Bahasa Malaysia) 
Pengarang: Imam A-Ghazali
Nombor Panggilan: BP189.G5154 2016

#Intisarinya kaya dengan tip-tip penting untuk difahami setiap Muslim yang ingin mempertingkatkan kefahaman ke arah menuju kepada tahap seorang Muslim sejati yang soleh dan pastinya diredhai Allah SWT.
Arak dan pencegahannya di Malaysia
Pengarang: Mastura Mohd Zain
Nombor Panggilan: HV5197.5.A735

#“Khamar itu adalah ibu segala kejahatan” (hadith riwayat al-Tabarani). Arak telah lama menjadi masalah di negara ini selain daripada dadah. Semua agama pada dasarnya menolak mengambilan arak oleh pengikut mereka.
Kisah 12 Isteri Para Rasul 
Pengarang: Harun Ar Rashid
Nombor Panggilan: BP188.18.W58K537

#Kisah-kisah yang terpilih berkisar 12 isteri para Rasul
Untuk Kamu Berfikir 
Pengarang: Dr. Idham Jaafar
Nombor Panggilan: BP130.7.I37

#Karya ini akan mengubah cara berfikir untuk melihat keagungan ciptaan ALLAH SWT. Secara tidak langsung ia membuktikan keagungan kitab suci al-Quran.
Bijak Zikrullah 
Pengarang: Mohammad Nazir Mohammed Khalid
Nombor Panggilan: BP183.3.M848

#Bijak Zikrullah menyediakan latihan yang interaktif untuk penguasaan makna bacaan zikrullah dan wirid melalui aktiviti permainan bahasa.
4 You, Ladies (Part 1) 
Pengarang: Aprilia Kartika
Nombor Panggilan: BJ1292.W6 A64 Pt.1

#Buku ini mengajak para muslimah untuk belajar bersama bagaimana menjadi wanita solehah. Muslimah yang tidak hanya lurus agamanya, bahkan cantik akhlaknya. Ilustrasi-ilustrasi lucu pada setiap bab pasti akan membuatkan kamu bersemangat membacanya, Ladies.
Yahudi, Kristian, Hindu, dan Buddha Berasal daripada Islam?
Pengarang: Ahmad Iqram Mohamad Noor
Nombor Panggilan: BP171.A37

#Nabi Muhammad s.a.w. adalah berbangsa Arab, namun kenapa Al-Quran harus bercakap mengenai bangsa lain terutama sekali bangsa Yahudi?
Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. tahu mengenai kisah para nabi bangsa Yahudi, sedangkan dalam sejarah hidup Baginda tidak pernah belajar mengenai agama Yahudi dan tidak pernah membaca Taurat dan Injil?
#Henshin Muslimah: from jahiliah to jannah
Pengarang: Hassanah
Nombor Panggilan: BP188.18W65.N877

#Kita manusia, iman naik turun. Ketika kita iman turun, semua benda jahiliah kita nak pulun. Namun kita sentiasa ada harapan. Kita sentiasa ada pilihan. Terpulang kepada diri kita sama ada pilih untuk kekal jahiliah ataupun menuju jannah.
Turki Uthmaniah: Persepsi Dan Pengaruh Dalam Masyarakat Melayu
Pengarang: Ermy Azziaty Rozali
Nombor Panggilan: DS603.E76 

#Masyarakat Melayu mempunyai persepsi yang tinggi terhadap dawlah Turki Uthmaniah. Persepsi dan kecenderungan ini banyak tercatat dan dikenal pasti dalam karya-karya sastera Melayu tradisional. Sejarah juga menunjukkan masyarakat Melayu menjalinkan hubungan dengan dawlah Turki Uthmaniah sejak abad ke-16 Masihi. 

Yusuf al-Qaradhawiy: Faqih Idealogue Gerakan Islam Kontemporari
Pengarang: Siddiq Fadzil
Nombor Panggilan: BP80. Q37 S566

#Buku ini secara keseluruhannya membicarakan mengenai pemikiran Yusuf al-Qaradawiy. Pemikiran beliau menggambarkan kekuatan beliau sebagai seorang pemikir berautoriti, pemidato, ulama, mujtahid, pemimpin serta pendidik dan penyair. 

Kebebasan & Pembebasan Perbahasan Dalam Konteks Maqasid Shari'ah
Pengarang: Dr. Ahmad al-Raisuni
Nombor Panggilan: BP166.3.R346154

#Buku ini mengandungi pandangan Dr. Ahmad al-Raisuni berhubung persoalan-persoalan asas dan lazim setiap kali kita membicarakan tentang Islam dan Kebebasan. Hubungan antara Islam dan kebebasan dijelaskan dengan baik di dalam buku ini. Konsep kebebasan yang diterima dan tidak diterima Islam juga dibincangkan di dalam buku ini. 

#Henshin: from jahiliah to jannah
Pengarang: Aiman Banna
Nombor Panggilan: BP190.5.S36 M854

#Ketika iman turun, ketika itulah semua jenis dan genre dosa maksiat kita nak pulun. Istilahnya kalau disenaraikan seluruh dosa yang wujud atas muka planet bumi, semuanya kita dah cuba. Dosa yang berjuta kita dah tackle. Hebat ke tak pemaksiat macam kita ini?

Erdogan Bukan Pejuang Islam?
Pengarang: Ahmad Azam Ab Rahman, Najmuddin Mohd Nawi, Muhammad Suhail Ahmad
Nombor Panggilan: DR603.A374

#Siapa Erdogan sebenarnya?
Benarkah Kudeta berlaku ataupun hanya rekaan?
Benarkah Erdogan membiayai kumpulan pengganas ISIS?
Apakah kaitan Turki dengan negara haram Israel?
Mengapa Erdogan hendak dibunuh?
Apakah peranan Turki dalam NATO?
Pengurusan Hukum Syarak Menurut Perspektif Usul Fiqh 
Pengarang: Selamat Hashim
Nombor Panggilan: BP144.S438 2016

#Hukum fiqh pada awal perkembangannya adalah dalam bentuk hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Sumber hukum tersebut ialah al-Quran dan hadis. Pada zaman sahabat terdapat tiga sumber hukum fiqh, iaitu al-Quran, sunah, dan ijtihad para sahabat.

Isteriku Bidadari: 11 Kaedah Membimbing Keluarga 
Pengarang: Ebit Lew
Nombor Panggilan: BP188.W58.E24

#Setiap insan mengimpikan kebahagiaan namun dalam semangat dan keghairahan mengejar bahagia kita terlupa bahawa kebahagiaan datang daripada hati yang dipenuhi keimanan dengan melahirkan sifat membahagiakan orang lain.

Wanita dan Masjid, Kedudukan Wanita dalam Institusi Keagamaan dari Pandangan Maqasid Shariah
Pengarang: Dr. Jasser Auda
Nombor Panggilan: BP173.4.A935

#Merupakan sebuah karya yang bermanfaat dalam membetulkan pandangan dan kefahaman umat Islam terhadap agama khususnya penglibatan kaum wanita di dalam institusi agama seperti masjid dan surau.

Bicarawara Sains Islam: Menerobos kerdipan sejarah dan falsafah sains yang mengubah dunia
Pengarang: Mat Rofa Ismail
Nombor Panggilan: BP190.5.ٍٍS3.M38

#Bicarawara memaparkan sejarah, falsafah dan perbincangan sains tamadun Islam yang dikembangkan menerusi paradigma yang bersepadu antara aspek naqli dan aqli, iman dan amal, kualitatif dan kuantitatif.







Buku-buku ini dipamerkan sehingga 17 Mac 2017.
Tempahan boleh dibuat melalui GEMILANG jika ingin membuat pinjaman atau dapatkan di rak buku am Koleksi Islam selepas tarikh dipamerkan tamat.

These books are displayed until 17 March 2017
Online request can be made via.GEMILANG

No comments:

Post a Comment