PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG, UKM

Monday 20 April 2015

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT / LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES






Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini merupakan sebahagian daripada gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca. 

Pada tahun ini, Perpustakaan UKM bersetuju untuk melaksanakannya  pada 23 April 2015 (Khamis) jam 10.00 hingga 10.10 pagi. Konsepnya diilhamkan daripada sambutan Earth Hour di mana dalam program ini, semua peserta—tanpa mengira apa jua pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan—akan sama-sama  berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Kami menjemput seluruh warga UKM walau di mana sahaja anda berada untuk bersama-sama dalam "Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit" (Let's Read Together For 10 minutes) pada 23 April 2015 jam 10.00 pagi - 10.10 pagi

Bagi individu yang berminat untuk menyertai Jom Baca Bersama di PTSL anda dialu-alukan untuk hadir ke Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia​ dan sama-sama kita jayakan program ini! Jom ke PTSL!.

No comments:

Post a Comment