PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG, UKM

Wednesday, 22 April 2015

Jejak Maklumat @KI



Pada 3 April 2015 yang lepas pihak Koleksi Arab & Tamadun Islam telah berjaya menganjurkan program Jejak Maklumat @KI, khusus untuk pelajar Fakulti Pengajian Islam. Seramai 21 orang pelajar telah menyertai program yang dibuat untuk kali kedua ini.

Bertempat di Makmal Siber program ini dimulakan dengan pendaftaran dan sarapan pagi pada jam 9.00 pagi. Tepat jam 9.30 pagi program dimulakan dengan taklimat pertandingan daripada urusetia dan pembahagian kumpulan. Kesemua pelajar dibahagikan kepada 11 kumpulan, berpasangan 2 orang bagi setiap kumpulan. Terdapat juga satu kumpulan yang hanya diwakili oleh seorang pelajar sahaja.

Soalan-soalan yang diberikan kepada peserta berkisar tentang sumber-sumber pencarian maklumat yang disediakan PTSL, antaranya, Gemilang, e-Rep, UJAR dan e-Journal. Para peserta diperuntukkan masa selama 1 jam 30 minit untuk mencari jawapan. Pemenang dikira berdasarkan ketepatan jawapan dan kepantasan masa menjawab.

Sekitar jam 11.00 pagi kesemua peserta siap menghantar kertas jawapan masing-masing. Tempat pertama dimenangi oleh Nur Hidayah dan Fatimah dari JPATI. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, semoga anda semua beroleh manfaat.

Taklimat sebelum memulakan program
Peserta mencari jawapan melalui e-jurnal
















 



Pemenang tempat pertama

Pemenang tempat kedua




Para pemenang saguhati

Urusetia bersama para peserta, tahniah dan syabas kepada semua!

No comments:

Post a Comment