Walaupun umat Islam merupakan golongan minoriti di China tetapi mereka memberikan sumbangan yang penting terhadap pembinaan China sebagai sebuah negara dengan penglibatan mereka secara langsung dalam pentadbiran serta pemerintahan kerajaan. Umat Islam juga terlibat di dalam pengukuhan dan pembinaan beberapa buah dinasti di China.
Di samping itu juga, mereka mengambil bahagian secara aktif
di dalam perjuangan menentang pemerintahan yang zalim dan menindas.
Perjuangan itu dimanifestasikan dalam bentuk penentangan, pemberontakan
dan sokongan terhadap usaha untuk menyingkirkan pemerintahan Manchu.
Pada era Manchu, umat Islam berdepan dengan penindasan yang amat teruk.
Umat Islam bukan sahaja didiskriminasikan tetapi juga dibunuh dengan
sewenang-wenangnya serta mereka dinafikan haknya. Wilayah mereka di
ceroboh dan agama Islam diperkotak-katikkan.
Umat Islam telah bangun untuk mempertahankan hak dan
agamanya. Kenapa, bagaimana dan kesan daripada perjuangan itu dapat
diikuti dalam buku ini. Ianya sungguh dramatik sekali.
No comments:
Post a Comment