Buku ini menjelaskan pencapaian sains dalam tamadun Islam, sumbangan
sains Islam kepada dunia, dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan
sains mutakhir di barat hari ini yang menjurus kepada penyatuan antara
sains dan agama. Zaman sains Islam yang melatari perkembangan ilmu sains
telah berlangsung selama 800 tahun. Dalam jangka masa yang begitu
panjang, sains Islam telah berjaya mencorakkan landskap dunia dengan
ketamadunan unggul. Setelah dunia Barat mengambil alih kepimpinan sains
pada kurun ke–16, dunia sains maju dalam bidang material tetapi telah
menyingkirkan aspek spiritual–agama. Ini menyebabkan ilmu sains tidak
lagi menjadi wasilah untuk manusia mendekatkan diri kepada Tuhan semesta
alam. Akibatnya, dunia sains moden menghala ke arah mulhid lebih dekat
berbanding menghampiri sempadan akidah tauhid.
Buku ini sesuai sebagai rujukan para pelajar sekolah, mahasiswa yang
berada di institusi pengajian tinggi, guru sains, dan para pengkaji
sains Islam.
No comments:
Post a Comment