PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG, UKM

Friday 5 October 2012

Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain


Zulqarnain atau Raja Zulqarnain seorang pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad bin Abdullah. Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat.

Sebaik sahaja berjaya meredakan pemberontakan di beberapa wilayah Greek pada usia dua puluh tahun, Raja Zulqarnain menjadi raja pemerintah Macedonia dan Greek. Walaupun demikian, beliau tidak menabalkan dirinya sebagai ‘Raja Macedonia dan Greek’, tetapi hanya Raja Zulqarnain.

Kaum Yahudi pula cuba menyembunyikan kebenaran Raja Zulqarnain dengan mengaitkan beliau dengan nama lain, iaitu Alexander yang dikatakan barbarik dan tidak beriman dengan agama Allah

No comments:

Post a Comment