KEMUDAHAN
Sebuah Bilik Diskusi ada disediakan di Koleksi ini (berhampiran Pejabat Am, Bahagian Koleksi Arab dan Tamadun Islam). Penggunaan bilik perbincangan adalah percuma dan terbuka kepada semua pelanggan Perpustakaan dengan kapasiti minimum seramai 4 orang sehingga kapasiti maksimum seramai 8 orang. Urusan tempahan boleh dibuat secara online di laman sesawang Perpustakaan Tun Seri Lanang atau klik → Sistem Tempahan Bilik Diskusi
![]() |
Bilik Diskusi Arif Husna |
PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN KHIDMAT NASIHAT :
- Membantu pelanggan mendapatkan bahan yang diperlukan
- Memberi tunjuk ajar cara menggunakan katalog perpustakaan
- Melayani segala pertanyaan berkaitan dengan Koleksi Arab dan Tamadun Islam
Kursus Kemahiran Maklumat
Kursus Kemahiran Maklumat (KKM) adalah program perkhidmatan bimbingan dan pendidikan kepada pelanggan perpustakaan yang dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Maklumat. Matlamat utama adalah untuk membina kemahiran mengakses pelbagai bahan dan sumber maklumat secara berkesan serta membimbing pelanggan supaya mampu mengguna bahan dan perkhidmatan Perpustakaan dengan cekap, berkesan dan berdikari. Kursus Kemahiran Maklumat dijalankan secara berterusan dan ditawarkan kepada semua pelajar dan kakitangan UKM.
|
Terdapat modul-modul yang boleh disertai oleh pelanggan Perpustakaan yang ingin mendapatkan bahan berkenaan Islam iaitu:
MODUL 3: KURSUS KEMAHIRAN MAKLUMAT MENGIKUT BIDANG
LS 55 Kursus Kemahiran Maklumat Islam
MODUL 5: KURSUS PENYELIDIKAN PERPUSTAKAAN MENGIKUT KOLEKSI
Modul ini mengandungi kursus-kursus yang membimbing pelanggan untuk menggunakan bahan-bahan di koleksi berkenaan dengan lebih berkesan. Kursus ini termasuk amali pencarian melalui GEMILANG dan lawatan ke koleksi.
Semua urusan pendaftaran kursus boleh dilakukan di Meja Penasihat Pembaca, Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang atau hubungi talian :
03-89213446/4732 / 5575 .
Sebarang pertanyaan sila hubungi nombor di atas atau emelkan kepada :
Tel : 603- 89214732