PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG, UKM

Monday, 1 February 2016

Buku Elektronik (E-Book) Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM (edisi semakan 2015) dan Templat Penulisan Tesis Gaya UKM

Pusat Siswazah UKM telah berjaya menghasilkan DUA produk inovasi yang amat bermanfaat untuk komuniti siswazah UKM iaitu Buku Elektronik (E-Book) Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM (edisi semakan 2015) dan Templat Penulisan Tesis Gaya UKM.

Templat Penulisan Tesis Gaya UKM dibangunkan bagi memberikan kemudahan kepada para pelajar untuk menulis dan mengurus tesis mereka menggunakan format Gaya UKM tanpa melakukan kesilapan format seperti sebelum ini. Pihak kami telah menghasilkan templat ini dalam format. DOTX agar mudah digunakan dengan perisian Microsoft Word. Kursus penulisan tesis menggunakan templat Gaya UKM kini giat dianjurkan di Pusat Siswazah bagi membimbing para siswazah memanfaatkan templat ini secara maksimum.Pusat Siswazah telah mengemaskini dan menerbitkan buku elektronik Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM (edisi semakan 2015). 

Warga UKM khususnya komuniti siswazah kini boleh merujuk buku elektronik yang mesra dengan peranti tablet dan komputer riba pada bila –bila masa saja dengan paparan yang interaktif.Kedua-dua templat dan buku elektronik ini boleh diakses dan dimuat turun di laman web (http://www.ukm.my/pusatsiswazah/templat-gayaukm/) dan laman Facebook Pusat Siswazah (https://www.facebook.com/pusatsiswazahukm/).
Urlhttp://www.ukm.my/pusatsiswazah/templat-gayaukm/

No comments:

Post a Comment