PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG, UKM

Tuesday 18 November 2014

'Cabaran Jejak Maklumat @ KI'

Pada 16 November 2014, Unit Koleksi Arab & Tamadun Islam telah menganjurkan satu pertandingan  'Cabaran Jejak Maklumat @ KI'

Pertandingan yang pertama kali dianjurkan oleh Koleksi Islam ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan telah disertai oleh 22 orang pelajar yang terpilih dimana mereka terdiri daripada pelajar Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Sains & Teknologi. 

Pertandingan ini telah menguji kemahiran peserta dalam mencari maklumat di laman web UJAR dan eREP dan bahan bacaan yang terdapat di Koleksi Islam serta bagi melatih pelajar untuk menggunakan Kad Penanda yang telah disediakan di Koleksi Islam.

Selepas 1 jam 30 minit berhempas pulas dan bergegas ke sana  ke mari, 3 kumpulan paling pantas dan tepat jawapannya dipilih sebagai pemenang. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pustakawan Tertinggi, Puan Rosnah Suliman. 


3 kumpulan telah dipilih sebagai pemenang iaitu : 
  1. Siti Fatimah Bt Mohd Jais & Syamimi Bt Nordin 
  2. Ahmad Sodiqin B Zulfikri & Muhammad B Sua'ibunaha 
  3. Siti Saadah Bt Nizalnudin & Farhani Bt Rashid

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang pertandingan. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua kakitangan Unit Koleksi Arab & Tamadun Islam, pustakawan seranta Fakulti Pengajian Islam dan adik-adik pelajar praktikal yang sudi membantu menjayakan program yang mengujakan ini. Semoga program ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.


Sesi pendaftaran peserta

Sesi pendaftaran peserta

Sesi taklimat sebelum memulakan cabaran



Sesi taklimat sebelum memulakan cabaran

Pengagihan soalan kepada peserta

Peserta mula mencari maklumat di Makmal
Peserta dipantau oleh Urusetia yang bertugas


Peserta mencari bahan di rak Koleksi Islam

Peserta dipantau oleh Urusetia yang bertugas

Menyelesaikan permainan di dalam Tab yang disediakan
Menunggu keputusan diumumkan

Proses pengiraan markah

Para pemenang Cabaran Jejak Maklumat


No comments:

Post a Comment