PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG, UKM

Friday 5 October 2012

URUS HARTA CARA RASULULLAH


Penulis : Mohammad Zaki Yahpar Al-Yahya
Tebal m/s :177
Tahun Terbit : 2012
Penerbit : Mulia Terang Sdn Bhd

Muamalat merupakan semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.

Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah SWT yang melibatkan ekonomi dan sosial Islam.

Muamalat yang dimaksudkan di sini ialah tertumpu dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Menjadikan integriti sebagai modal awal dalam bisnes. Nabi menunjukkan contoh, beliau memulakan bisnes dengan menggadaikan kejujurannya kepada khadijah. Khadijah, atas dasar amanah memberikan nabi modal untuk diniagakan.

Menjaga batas halal dan haram dalam perniagaan. Yang paling jelas, Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Allah juga mengharamkan rasuah. namun tidak sedikit dari peniaga Muslim yang meyakini bahawa, jika bisnes tanpa riba dan rasuah, makanya tidak boleh untung. Ini satu perkataan yang merendah-rendahkan kalimah Allah dan Rasul.

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment