PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG, UKM

Friday 5 October 2012

KIAMAT ANGKARA MANUSIA


Penulis : Ibnu az-Zahedy
Tahun Terbit : 2012
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn bhd

Kiamat Angkara Manusia mengupas kedatangan hari kiamat yang berkaitan dengan kerakusan manusia dalam mengejar kemajuan sains dan teknologi. Kemunculan banyak tokoh intelektual yang disanjung sepanjang zaman turut mengundang penafian kekuasaan mutlak Allah SWT ke atas manusia dan seluruh isi alam. Pelbagai fahaman yang bertentangan dengan ajaran murni islam muncul untuk menguasai manusia sejagat. Tujuan hidup yang semata-mata melampiaskan hawa nafsu dan didorong oleh tipu daya syaitan telah menjadikan manusia angkuh dan lupa daratan.

Kerakusan dan keegoaan kian bermaharajalela di muka bumi. Manusia berlumba-lumba membina bangunan canggih dan tinggi-tinggi, hutan , laut dan gunung diterokai tanpa batasan. Bumi, air dan udara tercemar atas nama kemajuan sains dan teknologi.

Akibatnya bencana alam seperti gempa bumi, banjir, tsunami, jerebu, ribut dan pemanasan suhu secara global melanda serata pelosok dunia. Manakala keruntuhan nilai kemanusiaan dan kepincangan institusi keluarga telah menyebabkan rasa kasih sayang dan saling menghormati sesama manusia semakin pudar. Peperangan, rusuhan, pendewaan arak dan dadah, rasuah, bunuh diri, kriminil, rogol, zina dan buang bayi berkembang biak bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Hasad dengki, fitnah memfitnah, murtad dan munafik berleluasa. Segala sifat syaitan bersarang di hati manusia. Adakah fenomena ini menandakan hari khiamat semakin hampir?


 

 

No comments:

Post a Comment