Penulis : Muhadir Haji Joll
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
Buku ini memaparkan sekelumit daripada
kisah-kisah benar Rasulullah SAW dan orang-orang soleh yang telah
mewarnai kehidupan mereka dengan ketaatan dan ubudiyah kepada Allah SWT.
Sebahagiannya pernah diceritakan kepada kami oleh Masyaikhunal Kiram
dalam majlis ilmu mereka termasuklah Sheikh Abdul Aziz bin Ahmad
al-Fathoni al-Makki, Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi
al-Maliki, Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki, Sheikh Muhammad
Fuad bin Kamaluddin al-Maliki dan masyaikh yang lain.
Kisah-kisah dan cerita-cerita ini juga
dimuatkan dalam beberapa kitab tulisan para ulama dan asatizah yang
dinyatakan sumbernya dalam buku ini. Semoga Allah SWT memberikan
ganjaran yang sempurna kepada para ulama dan asatizah yang telah menulis
kisah-isah yang baik ini dalam kitab-kitab mereka dan menjadikan ia
bermanfaat kepada seluruh umat, Amin.
Jika Allah SWT menyebutkan bahawa kisah
merupakan salah satu cara yang efektif untuk menghiburkan hati, di
samping memberi pengajaran, sebagai peringatan dan memberi pengharapan,
maka tentulah kisah dan cerita orang soleh yang merupakan pewaris para
nabi juga mempunyai kesan yang sama.
Kisah-kisah sebegini sangat perlu untuk
diceritakan dan dimanfaatkan terutama sekali pada zaman moden ini yang
hati-hati selalu dikotori dunia dengan segala keindahan, kebendaan dan
kelalaiannya, agar ia kembali sedar dan insaf betapa perlunya
mengharapkan didikan Ilahi untuk menuju kehidupan yang hakiki.
No comments:
Post a Comment