Penerbit : Galeri Ilmu
Penulis : HISHAM AHMAD
Riba,
salah satu dosa besar yang nyata namun sering dipandang enteng oleh
kebanyakan orang. Justeru, riba hidup subur dalam banyak urusan seharian
kita. Riba paling tegar dalam sistem guaman, perbankan dan kewangan.
Amalan riba membuka ruang untuk kita meniti jalan pintas ke neraka. Pun
demikian, kita sebenarnya mampu untuk melangkah lebih hampir ke syurga
andainya riba kita tinggalkan. Syurga Lebih Hampir Tanpa riba
membincangkan isu dan permasalahan riba dari perspektif pengamal
undang-undang dengan bersandarkan dalil dan nas al-Quran, hadis dan
fatwa-fatwa ulama. Wajib dimiliki, dibaca dan dihayati oleh setiap
pengamal undang-undang terutamanya pada para peguam Muslim yang
bercita-cita mahu meletakkan syariat Allah itu sebagai tunggak dalam
karier mereka. Buku ini juga mengajak umat Islam untuk meninggalkan riba
dan memilih instrumen kewangan yang patuh syariah untuk mendapat
keberkatan dalam hidup. Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba, boleh dijadikan
rujukan oleh pengamal undang-undang, mereka yang berminat menjadi
peguam, dan amat sesuai juga dibaca oleh mereka yang terlibat dalam
bidang kewangan dan perbankan. Bagi anda yang sedang menimbang-nimbang
untuk membuat sebarang pinjaman bank atau membuat pilihan instrumen
kewangan, bacalah dahulu buku ini, insya-Allah anda tentu tidak salah
membuat pilihan selepas membacanya!
No comments:
Post a Comment