PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG, UKM

Friday, 30 December 2011

Solat Bestari

Solat Bestari
Muhammad Nazir Mohammed Khalid
Alaf 21

Lahirkan kemanisan solat dengan khusyuk yang sempurna!

Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuh tiang itu, maka pincanglah segala amalan. Jika baik solatnya, maka baiklah segala amalan. Ketika mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, tahukah kita akan lafaz yang dibaca semasa solat? Mampukah kita menghadirkan khusyuk tanpa benar-benar memahami yang tersirat? Alangkah indahnya jika setiap bacaan itu mampu difahami dan dihayati. Dan ketahuilah bahawa setiap bacaan itu disambut oleh-NYA!
SOLAT BESTARI ini diterbitkan dengan harapan dapat dijadikan modul dalam melaksanakan solat dengan lebih sempurna. Ia lebih memfokuskan ter¬jemahan bacaan dalam solat juga pergerakan asas solat bagi lelaki dan wanita. Teknik penyampaian yang dilengkapi rajah bergambar juga dapat membantu pembaca lebih memahami dan mendapat gambaran yang lebih realistik.

Antara yang menarik di dalam:
Penerangan bergambar tentang rukun wuduk
Dilampirkan ayat daripada al-Quran dan juga hadis sebagai rujukan
Beberapa surah dari Juz Amma
Terjemahan lengkap mengikut setiap ayat daripada setiap surah dan bacaan solat
Terjemahan perkataan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan tulisan jawi
Kedudukan hukum tajwid serta penerangan ringkas
Informasi tentang fokus dan hikmah daripada ibadat solat yang dilakukan
Penerangan bergambar tentang rukun solat dan bacaan sunat di dalam solat serta terjemahannya
Beberapa doa pilihan dan harian serta terjemahannya
Informasi tentang perkataan yang terpilih dan asbabunnuzul sesuatu surah

No comments:

Post a Comment