PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG, UKM

Friday, 30 December 2011

Manisnya Iman

Manisnya Iman
Mohd Yaakub Mohd Yunus
Karangkraf

Manisnya Iman... tunjang pengabdian diri kepada ILAHI. Dengannya, pastilah hati menyerah kepada-NYA. Dan itulah matlamat utama penciptaan manusia. Iman itu pula bukanlah sesuatu yang mudah dicari atau diwarisi, melainkan usaha dan tawakal berterusan tetap ditagih pada setiap gerak laku hamba-NYA.

Iman itu dikecapi hasil amalan yang berlandaskan keyakinan kepada ILAHI. Keyakinan ini hadir berpaksikan kefahaman ilmu warisan-NYA yang luas. Hasilnya, kepelbagaian pendapat dirai, selagi berada dalam kerangka al-Quran dan sunnah yang benar. Sudah termaktub janji Rasulullah bahawa kedua-dua wahyu inilah sumber kebenaran hakiki kepada manusia. Lihatlah… betapa Islam itu luas lagi memudahkan umatnya.

Naskhah ini membawa kita menyelami isu-isu semasa yang melingkari kehidupan seharian. Ia merangkumi perkara berkaitan ibadat, akhlak fahaman, akidah dan umum di mana penyampaiannya dibuat secara ringkas dan padat. Renungilah.. moga kemanisan iman itu dapat dirasai.

Manisnya iman membawa kita menyelami perbahasan-perbahasan berikut:

1) Hukum Menyambut Tahun Baru
2) Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah
3) Arus Perdana Sebagai Mazhab Baru?
4) Marah: Antara Yang Tercela Dan Terpuji
5) Hilangkan Penghalang Termakbulnya Doa
6) Nikmat Ketika Sakit
7) Mimpi: Modal Menjual Agama
8) Tinggalkan Profesion Mengumpat
9) Ilmu Astrologi Mencemari Kemurniaan Tauhid

Kisah Perkahwinan Rasulullah Dengan Zainab

No comments:

Post a Comment