PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG, UKM

Tuesday 31 May 2011

Koleksi Islam (KI)

JENIS BAHAN :
Koleksi ini meliputi buku dan bahan rujukan berbahasa Arab, Inggeris dan Indonesia dalam pelbagai bidang Arab dan kesusteraan, Islam dan ketamadunan dari aspek ekonomi, politik, sains, sosial, kebudayaan, undang-undang dan pendidikan. Ini bagi memenuhi keperluan pengajian Syari’ah, Arab dan Tamadun Islam, al-Qur’an dan al-Sunnah, Usuluddin dan Falsafah dan Dakwah dan Kepimpinan

KATEGORI BAHAN :
Bahan-bahan di koleksi ini dikategorikan seperti berikut :
  • Buku Koleksi Am (bahan di rak terbuka untuk pinjaman)
  • Buku Rujukan (bahan seperti kamus, ensiklopedia, indeks, bibliografi yang disusun di ruang Koleksi Rujukan Arab dan Tamadun Islam–untuk rujukan sahaja)
PENCARIAN BAHAN :
Maklumat buku-buku di Koleksi ini boleh didapati melalui katalog awam dalam talian (GEMILANG). Pencarian boleh dilakukan melalui kekunci pengarang, judul, subjek, kata kekunci dan lain-lain. Papan kekunci (keyboard) bahasa Arab juga disediakan di Koleksi ini. Lokasi bahan dapat ditentukan seperti contoh berikut :
Location : PTSL-ISLAM
Call number : BP165.5.W36 1996 ki
Call number : PJ6640.L3 1984 kiruj

PINJAMAN / PEMULANGAN :
Buku-buku di Koleksi ini adalah merupakan sebahagian dari Koleksi Am perpustakaan yang boleh dipinjam dan dibawa keluar. Pinjaman dan pemulangan bahan adalah di kaunter pinjaman dan pemulangan, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Aras 4 perpustakaan. Bahan rujukan pula hanya untuk dirujuk di ruang yang telah disediakan.

BUKU BARU
Bahan-bahan terkini yang diperolehi akan dipamerkan selama 2 minggu di ruang Koleksi ini. Pelanggan yang ingin meminjam boleh membuat tempahan melalui GEMILANG atau mendapatkan di rak setelah tarikh pameran tamat

PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN KHIDMAT NASIHAT :
  • Membantu pelanggan mendapatkan bahan yang diperlukan
  • Memberi tunjuk ajar cara menggunakan katalog perpustakaan
  • Melayani segala pertanyaan berkaitan dengan Koleksi Arab dan Tamadun Islam

No comments:

Post a Comment