Penulis : Ibnu az-Zahedy
Tahun Terbit : 2012
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn bhd
Kiamat
Angkara Manusia mengupas kedatangan hari kiamat yang berkaitan dengan
kerakusan manusia dalam mengejar kemajuan sains dan teknologi.
Kemunculan banyak tokoh intelektual yang disanjung sepanjang zaman turut
mengundang penafian kekuasaan mutlak Allah SWT ke atas manusia dan
seluruh isi alam. Pelbagai fahaman yang bertentangan dengan ajaran murni
islam muncul untuk menguasai manusia sejagat. Tujuan hidup yang
semata-mata melampiaskan hawa nafsu dan didorong oleh tipu daya syaitan
telah menjadikan manusia angkuh dan lupa daratan.
Kerakusan
dan keegoaan kian bermaharajalela di muka bumi. Manusia berlumba-lumba
membina bangunan canggih dan tinggi-tinggi, hutan , laut dan gunung
diterokai tanpa batasan. Bumi, air dan udara tercemar atas nama kemajuan
sains dan teknologi.
Akibatnya
bencana alam seperti gempa bumi, banjir, tsunami, jerebu, ribut dan
pemanasan suhu secara global melanda serata pelosok dunia. Manakala
keruntuhan nilai kemanusiaan dan kepincangan institusi keluarga telah
menyebabkan rasa kasih sayang dan saling menghormati sesama manusia
semakin pudar. Peperangan, rusuhan, pendewaan arak dan dadah, rasuah,
bunuh diri, kriminil, rogol, zina dan buang bayi berkembang biak bagai
cendawan tumbuh lepas hujan. Hasad dengki, fitnah memfitnah, murtad dan
munafik berleluasa. Segala sifat syaitan bersarang di hati manusia.
Adakah fenomena ini menandakan hari khiamat semakin hampir?
No comments:
Post a Comment